Thursday 3 November 2011

Tanda Fizikal Bayi bersedia untuk makanan Pelengkap

Ketika bayi berusia 6 bulan, bayi anda memerlukan makanan pelengkap iaitu makanan lain sebagai tambahan kepada susu badan supaya dia boleh terus mendapat tenaga dan nutrisi secukupnya bagi menyokong tumbesaran dan perkembangannya. Manakala sistem penghadaman bayi sudah bersedia untuk menerima makanan separa pejal. Tanda Fizikal menunjukkan bayi sudah bersedia untuk makanan pelengkap termasuklah:

1.Telah tumbuh gigi susu di mana gigi pertamanya muncul pada usia lebih kurang enam bulan. Pada umur 9 bulan biasanya 4 gigi hadapan atas serta empat gigi bawah sudah tumbuh.

2. Sudah Boleh gigit, kunyah dan memamah makanan

3.Boleh mengawal lidah dengan baik

4.Gemar memasukkan benda atau objek ke dalam mulut

5.Rasa lapar sejurus selepas menyusu





SKS: Kalau Nak Copy Jangan Lupe Link Blog nih Ye.. TQ

No comments:

Post a Comment