Sunday 20 November 2011

Surat Untuk Emak

P/s: sediakan tisu. Hargaii jasa ibu. kalau ada yang merajuk dengan ibu,
usah egokan diri. pergi mntak maaf...ibu buat apa yang terbaik untuk kita &
tak fikir untuk kecikkan hati kita.....dia tak sengaja....
Cuba layan kisahnya..........

Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi, rasanya baru semalam mak peluk kita kan

sejuk syahdu masih terasa lagi ini....
Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang
nakal ni sejak kita dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak.....
nak tinggal kan dunia fana ni.....
mak macam dan sedia.....


Seminggu sebelum tu.....mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu.....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak pernah buat begitu.....
lepas itu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah-olah tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam.....
kengkadang siaran indonesia...mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke
kuburan...
lepas itu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
lepas itu mak jemur karpet-karpet...
lepas itu mak ubahkan sofa ke tempat lain..

mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..
paling menarik sekali mak bagitahu kat mana semua duit dan barang kemas
mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....
masa tu mak perasan takk..??
kita gelak sakan bila mak bagitahu duit dalam gulung tikar...
kita kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak saja...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak
tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kita sampai dari KL.....mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pergi hospital.....
dan cuma tinggal giliran kita sahaja yang belum pujuk...
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.....
tapi kita berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut saja..
Mak tetap tak bersetuju.....mak memang degil...
tak salah, anak mak yang ni pun mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pun
sakit kami adik beradik sepakat hantar juga mak
ke hospital.....

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sihat...
kami sayang mak...
kami tak mahu mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami ye mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama
dan terakhir kali mak naik kereta kita...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak, kita kata nak
beli kereta....
Mak asyik tanya saja..cukup ke duitt..
kita jawab pula...kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....
Lepas tu bila kereta kita sampai.....
mak buat kenduri kesyukuran.....
Dan kita masih ingat lagi...bila kita eksiden terlanggar kelinng naik
motor.....
Punya la kita takut...
kita warning kakak kita jangan sesekali bagitahu kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kita cepat-cepat simpan kereta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya Kenapa...?
Selamba saja kita jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kita menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kita kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kita menipu mak kan...ampon kan kita....

Mak.....
Jam 4.30 pagi 19/08/1999
Bila tiba saja kat hospital....nurse tengah balut mak dengan kain
putih.....
mak mesti nampak kita jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann..kannn
Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kita mamandu dalam keadaan
separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kita rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kita sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal,jadi jalan tu lenggang..
kosong....sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.....

terasa syahdu dan sayu begitu...dinginnnn....

Mak.....
kita masih ingat lagi...
kita baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
kita gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kita.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat
begitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata begitu...
lagi laaaa laju airmata ni..tapi kita kawal supaya tak menitik atas mak....


Mak.....
Sampai takat ini surat ni kita tulis.....
kita nangis ni.....
Ni kat dalam bilik...baru pukul 4.00 pagi....
tak ada orang yang bangun lagi.....
kita dengar nasyid tajuk "anak soleh"
kita sedih...kita rindu kat mak..!
Takpa la.....nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kita baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya...!

Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya....
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buatkali terakhir....
Semua orang kata mak seolah-olah senyum saja...
Mak rasa tak....masa tu kita sentuh dahi mak....
kita rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
kita tak mampu nak cium mak...kita tak daya....
kita tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kita tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kita suruh tok imam bacakan doa sebab kita sebak....
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dalam pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...anak mak yang seorang tu demam....
Mak tauu...cuma akak seorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah
perkuburan...

Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kita baca yassin dengan kawan-kawan....
entah Kenapa bila kat bilik kita keluarkan gambar2 mak
lepas itu apa lagi...
semakin kita tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...
Mak tauu...kita cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
kita rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan..????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kita telefon kampong...
kita cakap dengan kakak..kita nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kita...
Akak kata..." tak baik laa nangis saja..doa lah untuk mak..
nanti kalau gini saja mak yang susah kat sana.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....
Agaknya mak nampak adegan tu...
sebab malam jumaat kata orang roh balik rumahh...
mengharap sedekah dari anak2 nya...
Mak tau tak...di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...

rasa nyilu sangat....
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu
menjelma...hanya sedekah al-fatihah kita berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kita dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kita yang bawak mak naik motor kan...
kali ni kita jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kita ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kita tak tau nak hantar mana surat ini...
lepas itu kawan kita bagitahu...
simpan saja buat kenangan..
kita cuma tau alamat ni saja...
tak mengapa ye mak...kita kasi orang lain baca...
kita stop dulu...sebab kawan kita dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak, I LOVE YOU SO MUCH dan
jutaan terima kasih kerana membesarkan kita...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kita boleh rasa naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang...
Sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kita balas..
Sekian terima kasih.


Moral: Sayangilah ibu anda selagi anda berpeluang menyayanginya. bahagiakan
lah ibu anda sehingga ke akhir hayatnya sebagaimana ibu anda membahagiakan
anda sejak kecil hingga dewasa sesungguhnya, syurga berada di tapak kaki
ibu

Sumber: email seorang rakan
SKS: Kalau Nak copy jangan Lupe link Blog nih ye. TQ

Saturday 19 November 2011

Mengumpul 'Like' untuk Pertandingan Yang Disertai (Entry Melekat Smapai 19 November 2011)

 Tibe2 rasa teruja lak nak join satu contest nih... Hehehe. angin nak join contest dah melanda la nih...
So nak minta sangat pertolongan pada pembaca semua untuk like pada gambar kat link di bawah yer...





kerjasama kawan2 semu sangat dihargai dan tq sesangat


SKS: dah lama x join contest

Hargailah Isteri Anda

Hargailah isteri anda...... 

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-2
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan
Membantu mereka di akhirat kelak.Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka.....
Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati
syahid,Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala
kebaikan suaminya yang tak disedari.
Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat
dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan
tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.
Sesingguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia
bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia
dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada
kamu(lelaki),lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat
dengan hati lelaki untuk disayangi.


Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor form his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.
 
  "Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...
"Ya Allah...
  jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua  ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"........

Sumber: Email seorang Rakan

SKS: Kalau Nak copy Link Blog nih ye. TQ

Friday 18 November 2011

Ujian Minda

FIKIR DULU SEBELUM BUAT KEPUTUSAN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


"Test ini sudah dicuba dan kebenarannya sudah terbukti..pilihan Anda
  menunjukkan keperibadian Anda...




Anggap diri anda saat ini sedang memasuki
  sebuah rumah kecil di tepi sungai di tengah hutan
    tebal. Setelah Anda buka pintunya dan masuk,
      didalamnya terdapat:


7 tempat tidur kecil di sebelah kanan di sebelah
  kiri, terdapat meja makan yang dikelilingi 7 kerusi
    kecil. Di tengah-tengah meja terdapat sebuah bekas dengan 6 macam
buah.     Buah-buahan tersebut terdiri daripada:


a. epal
  b. pisang
    c. jeruk
      d. mangga
        e. rambutan
          f. papaya


Buah manakah yang akan anda pilih?

Pilihan anda akan menunjukkan sifat-sifat
  peribadi anda!
    Berfikirlah..dengan berhati-hati....




 .
.

 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .

 .

 .
 .
 .

 .
 .

 .
 .

 .
 .
 .

 .
 .
 .

 .
 .

 .
 .
 .
 .

 .
 .
 .
 .

 .
 .
 .

 .
 .
 .

 .
 .
 .
 .
 .

 .
 .
 .

 .

  Ini dia jawapannya...

a. jika anda pilih epal: bererti Anda adalah orang yang suka makan epal


b. jika anda pilih pisang: bererti Anda adalah orang yang suka makan pisang


c. jika anda pilih jeruk: bererti Anda adalah orang yang suka makan jeruk


d. jika anda pilih mangga: bererti Anda adalah orang yang suka makan mangga


e. jika anda pilih rambutan: bererti Anda adalah orang yang suka makan rambutan


f. Jika anda pilih papaya: bererti Anda adalah orang yang suka makan papaya



Sumber : Email seorang Rakan

SKS: Kalau Nak Copy Link Blog nih ye. TQ

Thursday 17 November 2011

Seketul Keju & Sehelai Tuala Kecil


Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3
(6.30 pagi) oleh Ustazah Noorbayah Mahmood

Seorang gadis datang menemui Rasulullah
dengantangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya.
Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung
kesakitan yang amat sangat.
Lalu Rasulullah menegurnya.

"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu
sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan ditanganmu?"

Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang
berlaku padanya :-
"Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu.
Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku
menanggung kesakitan ini."
Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.
"Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.
Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan
air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api
neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana
kekeringan sekelip mata."
Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.
 "Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju
 dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.
Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut
Untuk menghalang api dari membakar tubuhnya.
Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu
rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang
 hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang
 taat kepada suaminya?
Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia
 amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu
 seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah
 disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk
 bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.
Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada
 di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan
 makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.

 Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang
 dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada
 ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan
 menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin
 membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat
 mentaatimu dan menurut perintah agama.

 Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan
 semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari
 memberi walau setitik air kepada isterinya kerana
 itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang
 dilakukan ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku,
 aku lantas menceduk sedikit air mengguna
 tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum
 sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka
 telah menyambar tanganku sehingga melecur.
Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak
 tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang
 berjumpa engkau ya Rasulullah."
Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.

 Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak
 tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa
 memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi
gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar
 menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.
Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah.
Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau
berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya
terampun. INSYALLAH"

"WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK
SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN
TERHADAP SESAMA MANUSIA..."

Sumber: Email Seorang Teman
SKS: Kalau nak Copy Jangan Lupe Link Blog nih ye

Wednesday 16 November 2011

Petua jawab Telefon Kalau Bizi

Soalan: haloo, may i speak to samad please?
Jawapan: maap..sini bukan balai polis

Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah... saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..

Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler... buat ape tanye saya.

Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik, nombor tak boleh disambung, hanye boleh dicampur.

Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah,bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

Soalan: haloo budin, buat ape tu?
Jawapan:
kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..

Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap...nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye... time kacih.

Soalan: haloo, tolong panggilkan samad... saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri..saya sibuk...maap

Soalan: halloo......
Jawapan: haloo... pusat sakit mental disini... anda ingin mendaftar?

Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: maap... ini bukan kaunter pertanyaan.

Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi... kalau saya masih menjawab betul le tu.

Soalan: assalammualaikum...
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib jawab)

Sumber: Email seorang teman
SKS: Kalau Nak Copy jangan lupe link blog nih yer

Tuesday 15 November 2011

Order Dari Along Nizam

Sebenarnya dah lama dah dapat order nih
Majlis pun 8 Oktober 2011 yang lalu
Tapi x sempat la nak publish

Hehehe

 Dadih

 3Pcs choc in gold base box


 Oreo Choc

Dadih

SKS: Terima Kasih Ya ALLAh atas kurnia rezekiMU

Saturday 5 November 2011

Mutiara Kata

'Kegagalan hari Ini bererti Pendorong,
Namun kejayaan Semalam bukan bererti kemegahan, 
oleh itu gantungkanlah cita-citamu setinggi-tinggi bintang di langit,
dan rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput di bumi"


SKS: Kalau Nak Copy Jangan Lupe Link Blog nih Ye.. TQ

Friday 4 November 2011

Mengapa kita Tak Kaya - Kaya


Artikel kali ini mungkin kata-kata yang biasa kita dengar dalam kehidupan seharian kita. Namun suka untuk saya kongsikan juga sebagai peringatan. Manusia itu kan mudah lupa, jadi harus diingatkan selalu. Mungkin sesetengah orang akan bertanya pada Allah "kenapa aku masih hidup miskin sedangkan aku bekerja kuat dan tak putus-putus berdoa".
Kenapa agaknya?
Kalau soalan "kenapa" tentu hanya Allah yang boleh menjawabnya. Tapi soalan saya "kenapa agaknya".
Dari segi logik akal kenapa Allah tidak memakbulkan doa kita untuk menjadi kaya?

Mungkin,
1. Allah tahu jika kita menjadi kaya kita akan menjadi sombong
2. Allah tahu jika kita menjadi kaya kita akan lupa berdoa kepadanya
3. Allah masih mahu menguji kita sejauh mana kita akan bersabar dengan ujian berada di dalam kemiskinan / kesederhanaan sama ada kita merungut, atau tidak
4. Belum masanya Allah mahu berikan kita kesenangan kepada kita dengan kemewahan

Terlalu banyak kemungkinan yang kadang-kala tidak terjangkau oleh pemikiran kita. Allah tahu sesuatu yang kita tidak ketahui.
Allah mahu kita sentiasa meminta dan merayu kepadaNya. Tetapi jangan pula kita meminta yang bukan-bukan. Jika sekadar meminta dan berdoa pun tanpa usaha jangan bermimpi Allah akan tunaikan hasrat kita. Allah akan memberi mengikut kemampuan kita. Tapi tidak mustahil juga Allah akan memberi sesuatu kepada hambaNya walaupun hambaNya kurang usaha dan itu dinamakan Istidraj. Itu juga adalah salah satu bentuk ujian.
Manusia kadang-kala nampak kekayaan itu hanya dari segi material sahaja. Kaya harta belum tentu bahagia. Kebahagiaan itu juga adalah satu kekayaan. Pernah tidak kita rasa "mudahnya urusan aku" , satu perkara selesai tanpa ada masalah yang serius. Mungkin doa kita dah dimakbulkan cuma dalam bentuk yang lain.
Allah tak berikan kita kekayaan tapi Allah permudahkan urusan kita. Apa guna banyak duit tapi banyak kesulitan dalam hidup? Apa guna gaji besar tapi hutang keliling pinggang. Pernahkah kita terasa duit yang ada pada kita sekejap sahaja habis dan kita tidak nampak apa yang kita beli? Mungkin ini juga ada kaitan dengan keberkatan. Ada orang gajinya kecil namun mampu membeli macam-macam. Simpanannya, juga sudah banyak berbanding kita yang gaji lebih besar tapi langsung tak ada simpanan. Fikir-fikirkan.
Allah menurunkan ujian kerana Allah mahu kita sentiasa ingat padaNya. Contohnya, ujian perasaan. Kadang-kala kita merintih kenapa Allah seksa jiwa dan perasaan kita kerana masih ingatkan kisah cinta yang mungkin dah berakhir 4 atau 5 tahun lepas sehingga kita tutupkan hati kita pada orang lain.
Sedangkan si dia dah bergembira bersama orang lain? Kenapa? Manusia sering bertanya kan. Persoalan-persoalan yang dicipta itu sangat bagus jika kita fikirkan sebab musababnya. Bukan merintih kenapa dan terus merintih. Kerana Allah mahu kita sentiasa dekat padaNya. Sentiasa menyebut namaNya. Percayalah suatu hari nanti pasti Allah akan gantikan perasaan itu kepada insan yang benar-benar layak untuk kita.
Kita juga kena ingat dan terapkan dalam diri kita, kekayaan itu satu ujian. Memang saya pun kalau boleh inginkan harta yang banyak, nak beli apa pun boleh tetapi kalau dengan menjadi kaya mampu membuatkan saya melupakan Allah, saya redha jika saya hanya berada di level sederhana. Cukup makan dan pakai serta boleh membahagiakan keluarga.
Letakkan keyakinan dan kepercayaan pada Allah swt. Put your belive in Allah. InsyaAllah.

Sumber : Salin sepenuhnya dari iluvislam

SKS: Kalau Nak Copy Jangan Lupe Link Blog nih Ye.. TQ

Thursday 3 November 2011

Tanda Fizikal Bayi bersedia untuk makanan Pelengkap

Ketika bayi berusia 6 bulan, bayi anda memerlukan makanan pelengkap iaitu makanan lain sebagai tambahan kepada susu badan supaya dia boleh terus mendapat tenaga dan nutrisi secukupnya bagi menyokong tumbesaran dan perkembangannya. Manakala sistem penghadaman bayi sudah bersedia untuk menerima makanan separa pejal. Tanda Fizikal menunjukkan bayi sudah bersedia untuk makanan pelengkap termasuklah:

1.Telah tumbuh gigi susu di mana gigi pertamanya muncul pada usia lebih kurang enam bulan. Pada umur 9 bulan biasanya 4 gigi hadapan atas serta empat gigi bawah sudah tumbuh.

2. Sudah Boleh gigit, kunyah dan memamah makanan

3.Boleh mengawal lidah dengan baik

4.Gemar memasukkan benda atau objek ke dalam mulut

5.Rasa lapar sejurus selepas menyusu





SKS: Kalau Nak Copy Jangan Lupe Link Blog nih Ye.. TQ

Wednesday 2 November 2011

Alahai Kerja

Ilmu Dari Dato' Dr. Fadzilah Kamsah

 1. Ada antara kita datang pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA'
tapi hampeh,
hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja

2.Ada kalanya kita rasa kita 'BUSY' giler,
rupanya, kita hanya 'KELAM KABUT'

3. Adakalanya kita rasa kita 'PERIHATIN',
 tapi rupanya kita 'BUSY BODY'

4.Adakalanya kita rasa kita 'OPEN MINDED' dan 'OUTSPOKEN'
tapi rupanya kita 'KURANG PENGAJARAN'

5.Adakala kita rasa kita berpemikiran 'KRITIS'
rupanya kita hanya lebih kepada 'KRITIK' yang mencipta 'KRISIS'

6. Adakalanya kita rasa kita ingin menjadi 'LEBIH MESRA'
tapi rupanya kita di lihat lebih ' MENGADA-NGADA'

7Adakalanya kita suka bertanya 'EKNAPA DIA NI MACAM TAKDE KEJE?',
adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT?"
      
                                             
                       "mengkritik tidak bererti menentang,                       
                                                                                   
                                                                                    
                               menyetujui tidak semestinya menyokong,                      
                                                                                   
                                                                                   
                                   menegur tidak bermakna membenci,                         
                                                                                   
                                                                                   
                dan  berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik'              


SKS: Kalau Nak Copy Jangan Lupe Link Blog nih Ye.. TQ

Tuesday 1 November 2011

Kempen Derma Darah Di Hospital PutraJaya


Hospital Putrajaya dengan kerjasama Pusat Darah Negara akan menganjurkan Kempen Derma Darah seperti ketetapan berikut:-

Tarikh   : 10 November 2011 (Khamis)
Masa      : 9.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : Lobi Utama Hospital Putrajaya

Marilah beramai2 datang menderma Darah untuk membantu mereka yang memerlukan

SKS: Bersamalah Membantu untuk yang memerlukan