Tuesday 25 October 2011

Petua Untuk hati

Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:


  •  Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.

    • Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.
    • Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.
    • Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya.
    • Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati
    Sumeber : Salin sepenuhnya dari iluvislam

    me: Hati Yang Berduka Pasti ada Penawarnya

    Saturday 22 October 2011

    Sajak Buat Mama

    Melihat tenangnya air di laut
    Terbayang tenangnya wajahmu
    Penuh kelembutan seorang ibu
    Dipenuhi limpahan Sulaman Kasih

    Mama
    Keringat yang mengalir di wajahmu
    Menjadi bukti segala jasamu
    Kau curahkan tanpa jemu
    Demi amanah tersemat di kalbu
    Dirimu berkhidmat penuh rela
    Tanpa Jemu menghuni rasa
    Bersulamkan keikhlasan penuh di jiwa

    Terima kasih buatm,u
    Atas segala pengorbanan yang dicurah
    Buat segala jasa yang tercurah

    Mama
    Terlihat dedaunan berterbangan
    Jauh fikiran melayang
    Dirimu akan menjauh dari keluarga JKPTG ini
    Bukan kerana amarah, jauh kerana sengketa
    Namun, Khidmatmu hanya setakat ini
    Tiba masanya dirimu berehat bersama keluarga tercinta

    Mama
    Walau akan berjauh pandang
    Kami… akan tetap merinduimu
    Rindu yang tak mungkin akan terpadam….

    Terima Kasih Butmu….


    Sajak ini saya cipta dan dedikasikan khas buat seorang teman pejabat yang telah bersara


    SKS: Kalau Nak Copy Jangan Lupe Link Blog nih Ye.. TQ
    

    Friday 21 October 2011

    Bila Aku Jatuh Cinta

    Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
    cintakanlah aku pada seseorang yang
    melabuhkan cintanya pada-Mu,
    agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

    Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,
    jagalah cintaku padanya agar tidak
    melebihi cintaku pada-Mu

    Ya Allah, jika aku jatuh hati,
    izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
    yang hatinya tertaut pada-Mu,
    agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta dunia.

    Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
    jagalah hatiku padanya agar tidak
    berpaling pada hati-Mu.

    Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
    rindukanlah aku pada seseorang yang
    merindui syahid di jalan-Mu.

    Ya Allah, jika aku rindu,
    jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku
    merindukan syurga-Mu.

    Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
    janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
    bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

    Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
    jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
    perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

    Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
    jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan
    aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

    Ya Allah Engaku mengetahui bahawa hati-hati ini telah
    berhimpun dalam cinta pada-Mu,
    telah berjumpa pada taat pada-Mu,
    telah bersatu dalam dakwah pada-MU,
    telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
    Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya.
    Kekalkanlah cintanya.
    Tunjukilah jalan-jalannya.
    Penuhilah hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada
    pernah pudar.
    Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan
    kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.


    ** Lupa Ambil Darimana Sebab Koleksi Masa Zaman Belajar Dulu**


    SKS: Kalau Nak Copy Jangan Lupe Link Blog nih Ye.. TQ

    Thursday 20 October 2011

    Before N after Marriage (Suka2 Sahaja)

    
    Before marriage. .
    Darling here.. darling there...
    After marriage.
    Baling here... baling there..



    Before marriage. .
    U DIE,i'll die with u .
    After marriage.
    "U die, up to u. "


    Before marriage. .
    U go anywhere. . I follow u.

    After marriage. . .
    U go anywhere. . up to u.

    soo long married. . .
    U go anywhere better get lost!!


     
    Before weddingu are my heart, u are my love"
    After wedding
    "u get on my nerves. "


    Before wedding
    "u are sweet and kind just like Cinderella"
    After wedding
    "u are worse than godzila"

    Before wedding
    Roses are red, violets are blue.
    Like it or not, I'm stuck with u
    After wedding
    Roses are dead, I am blue.
    U get on my head, I will sue u

    Before wedding
    Every dating he brings u to Shangri-La

    After wedding
    U want to go, he says u 'wait-la'


    Before wedding
    She looks like Anita Sarawak

    After wedding
    Don't know whether katak or biawak.....


    Hanya Untuk Suka2 Sahaja Tau.....
    Lupe Ambil dari Mana


    SKS: Kalau Nak Copy Jangan Lupe Link Blog nih Ye.. TQ

    Wednesday 19 October 2011

    Renungan # 3

    Allah berfirman yang bermaksud:
    "Dan tuhanmu memerintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan 'uh! dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
    (Surah al-Israa’, ayat 23-24)
                                                        
    -Islam Hadhari-
    SKS: Kalau Nak Copy Jangan Lupe Link Blog nih Ye.. TQ

    Renungan #2

    Jangan tinggalkan orang yang kita SAYANG untuk orang yang kita suka,
    kerana orang yang kita SUKA akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayang...

    Jangan cuba dapatkan apa yang kita sayang
    tapi SAYANGILAH dengan apa yang kita ada !!

    Hidup tak perlu terlalu sempurna, tak perlu terlalu kaya, tak perlu terlalu terkenal,
    ia sudah lebih dari mencukupi.
    Persahabatan yang sejati akan membawa KERINDUAN yang abadi.

    Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan,
    tanpa persahabatan PERCINTAAN akan berakhir
    tetapi tanpa percintaan PERSAHABATAN boleh kekal.
    Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin..

    SELALUNYA kita tidak menyedari bahawa ada insan yg lebih MENCINTAI diri kita.
    tetapi selagi masih ada INSAN yang mengingati,


    SKS: Kalau Nak Copy Jangan Lupe Link Blog nih Ye.. TQ

    Monday 17 October 2011

    Renungan


    Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata:
    “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:"Sesungguhnya perkara yang halal itu jelas,  yang haram itu jelas dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat serta berlaku kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Sesiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan sesiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, seumpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadannya dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.
    Ketahuilah ia adalah hati”
    -Islam Hadhari-

    "(Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)


    SKS: Kalau Nak Copy Jangan Lupe Link Blog nih Ye.. TQ