Saturday 22 October 2011

Sajak Buat Mama

Melihat tenangnya air di laut
Terbayang tenangnya wajahmu
Penuh kelembutan seorang ibu
Dipenuhi limpahan Sulaman Kasih

Mama
Keringat yang mengalir di wajahmu
Menjadi bukti segala jasamu
Kau curahkan tanpa jemu
Demi amanah tersemat di kalbu
Dirimu berkhidmat penuh rela
Tanpa Jemu menghuni rasa
Bersulamkan keikhlasan penuh di jiwa

Terima kasih buatm,u
Atas segala pengorbanan yang dicurah
Buat segala jasa yang tercurah

Mama
Terlihat dedaunan berterbangan
Jauh fikiran melayang
Dirimu akan menjauh dari keluarga JKPTG ini
Bukan kerana amarah, jauh kerana sengketa
Namun, Khidmatmu hanya setakat ini
Tiba masanya dirimu berehat bersama keluarga tercinta

Mama
Walau akan berjauh pandang
Kami… akan tetap merinduimu
Rindu yang tak mungkin akan terpadam….

Terima Kasih Butmu….


Sajak ini saya cipta dan dedikasikan khas buat seorang teman pejabat yang telah bersara


SKS: Kalau Nak Copy Jangan Lupe Link Blog nih Ye.. TQ


1 comment: