Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3
(6.30 pagi) oleh Ustazah Noorbayah Mahmood
Seorang gadis datang menemui Rasulullah
dengantangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya.
Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung
kesakitan yang amat sangat.
Lalu Rasulullah menegurnya.
"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu
sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan ditanganmu?"
Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang
berlaku padanya :-
"Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu.
Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku
menanggung kesakitan ini."
Balas gadis tadi.
"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."
Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.
"Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.
Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan
air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api
neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana
kekeringan sekelip mata."
Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.
>
"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju
dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.
Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut
Untuk menghalang api dari membakar tubuhnya.
Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu
rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang
hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang
taat kepada suaminya?
>
Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia
amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu
seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah
disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk
bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.
>
Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada
di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan
makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.
Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang
dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada
ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan
menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin
membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat
mentaatimu dan menurut perintah agama.
Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan
semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari
memberi walau setitik air kepada isterinya kerana
itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang
dilakukan ketika didunia.
Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku,
aku lantas menceduk sedikit air mengguna
tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum
sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka
telah menyambar tanganku sehingga melecur.
Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak
tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang
berjumpa engkau ya Rasulullah."
Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.
Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak
tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa
memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi
gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar
menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.
Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.
Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah.
Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau
berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya
terampun. INSYALLAH"
"WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK
SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN
TERHADAP SESAMA MANUSIA..."
Sumber: Email Seorang Teman
SKS: Kalau nak Copy Jangan Lupe Link Blog nih ye
No comments:
Post a Comment